Badrul Kamar bin Baharum v Ambank (M) Bhd
Award No. 446 of 2015; Industrial Court
Date of Judgment: 16 April 2015 | Source: Industrial Court

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

NO. KES : 2/4-1226/12

DI ANTARA

BADRUL KAMAR BIN BAHARUM

DAN

AMBANK (M) BHD

NO. AWARD: 446/2015

Di hadapan: Y.A. PUAN ROSENANI BINTI ABD. RAHMAN - Pengerusi

Tempat: Mahkamah Perusahaan, Kuala Lumpur

Tarikh Rujukan: 03.09.2012

Tarikh Sebutan: 16.10.2012, 30.11.2012, 18.12.2012, 17.05.2013, 11.10.2013, 12.11.2013 & 16.06.2014

Tarikh Perbicaraan: 24.03.2014 & 25.03.2014

Rujukan

Ini adalah suatu rujukan di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh YB Menteri Sumber Manusia mengenai pembuangan kerja Badrul Kamar Bin Baharum (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Ambank (M) Bhd (selepas ini disebut sebagai "Pihak Syarikat") pada 29 Disember 2010.

AWARD

Fakta

[1] Pihak Menuntut mula bekerja dengan Pihak Bank pada 22 April 1996 sebagai Budak Pejabat dan ditempatkan di Ibu Pejabat. Melalui surat bertarikh 16 Julai 1996 Pihak Menuntut telah disahkan dalam jawatannya berkuat kuasa 2 Ogos 1996. Gaji akhir Pihak Menuntut sebelum diberhentikan adalah RM1,749.00 sebulan.

[2] Sebagai Budak Pejabat skop tugas Pihak Menuntut adalah menguruskan surat menyurat iaitu menyerah dan menghantar surat-surat di dalam dan di luar pejabat. Di peringkat akhir tempoh perkhidmatan Pihak Menuntut, skop tugas telah bertambah di mana kerja-kerja perkeranian telah dimasukkan. Selanjutnya diakhir tahun 2008 Pihak Menuntut telah diberikan tugas di Setor di Tingkat 31 Menara Yap Kwan Seng, di mana Pihak Menuntut perlu mengangkat kotak-kotak besar dan Ikatan voucher-voucer dari cawangan lain. Kotak-kotak dan dokumendokumen tersebut perlu disusun di atas rak 3 tingkat di mana Pihak Menuntut perlu memanjat rak-rak tersebut.

[3] Pihak Menuntut menyatakan akibat dari kerja berat ini dia mula mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan dia sering mengambil cuti kecemasan dan cuti sakit dan juga mengakibatkan Pihak Menuntut lewat sampai ke pejabat. Pada 8 Mac 2010 Pihak Menuntut telah dipanggil untuk satu sesi kaunseling oleh Ketua Jabatan iaitu Encik Teh Khiang Chye di mana antara lain menyatakan semua cuti sakit dan permohonan untuk cuti kecemasan hendaklah diberitahu secara lisan hanya kepada Ketua Jabatan. Jika cuti kecemasan tidak diluluskan Pihak Menuntut hendaklah datang bertugas. Pihak Menuntut juga diberitahu bahawa dia hendaklah berada di pejabat dari pukul 8.45 pagi ke 5.45 petang dan perlu tanda tangan untuk masuk dan keluar pejabat melalui sistem AKS.

[4] Merujuk kepada "Memorandum of Counseling Session" bertarikh 8 Mac 2010. Menurut Pihak Menuntut, dia diberitahu oleh Encik Teh supaya datang ke pejabatnya kerana dia hendak menyerahkan surat berkenaan disiplin. Pihak Menuntut juga diarahkan untuk tandatangan surat tersebut jika tidak perkara ini akan dikemukakan kepada Bahagian Sumber Manusia untuk tindakan lanjut. Oleh itu Pihak Menuntut telah menandatangani surat tersebut. Pihak Menuntut mengaku menerima dan menandatangani memo tersebut pada 9 Mac 2010.

[5] Sesalinan Memorandum bertarikh 8 Mac 2010 dikemukakan untuk rujukan.

im

[6] Keterangan menunjukkan Pihak Menuntut telah mengambil 4 hari cuti sakit pada 14 Mei 2010 dan 19 Mei 2010 hingga 21 Mei 2010 yang dikeluarkan oleh panel doktor Pihak Bank. Pihak Menuntut telah memaklumkan berkenaan cuti sakit ini kepada Cik Melisa, Setiausaha Encik Teh Khiang Chye yang tidak dapat dihubungi pada hari itu. Walau bagaimanapun Encik Teh enggan menerima sijil cuti sakit tersebut atas alasan ia tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Berikutan dari itu surat amaran bertarikh 24 Mei 2010 dikeluarkan. Gaji Pihak Menuntut telah dipotong untuk tempoh 4 hari tersebut. Sesalinan surat amaran tersebut dikemukakan untuk kemudahan rujukan.

image2

[7] Merujuk pernyataan kes di perenggan 4 menghuraikan peristiwa yang membawa kepada penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut. Surat penamatan perkhidmatan bertarikh 29 Disember 2010 telah dikeluarkan dan diterima oleh Pihak Menuntut melalui pos. Sesalinan surat penamatan perkhidmatan dikemukakan.

image1

[8] Pihak Menuntut mengatakan penamatan perkhidmatannya adalah tanpa alasan yang adil dan bersebab. Tindakan Pihak Bank menamatkan perkhidmatannya adalah melanggar prinsip keadilan asasi, tidak mematuhi peruntukan Perjanjian Kolektif di mana Pihak Menuntut jelas tidak diberi hak untuk didengar.

[9] Pihak Bank mengatakan bahawa Pihak Menuntut telah meninggalkan perkhidmatannya dengan Bank apabila gagal untuk hadir bertugas pada 27 Disember hingga 29 Disember 2010. Pihak Bank telah mengeluarkan surat penamatan perkhidmatan bertarikh 29 Disember 2010 berkuat kuasa serta merta kerana Pihak Menuntut telah meninggalkan kontrak perkhidmatan mengikut section 15(2) dan section 13(2) Akta Pekerjaan 1955.

Undang-Undang

[10] Ini adalah kes yang dirujuk ke Mahkamah Perusahaan di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Mahkamah Agong di dalam kes Wong Chee Hong v. Cathay Organisation (M) Sdn Bhd [1988]1 CLJ 45, menyatakan seperti berikut :

"When the Industrial Court is dealing with a reference under section 20, the first thing that the Court will have to do is to ask itself a question whether there was a dismissal, and if so whether it was with or without just cause or excuse.".

Isu-Isu

[11] Mengikut fakta-fakta kes ini Mahkamah perlu memutuskan :

1. Samada Pihak Menuntut telah tidak hadir bekerja selama lebih 2 hari berturut-turut.

2. Adakah Pihak Menuntut membuat percubaan untuk memberitahu Pihak Bank secepat mungkin.

3. Samada Pihak Menuntut mempunyai alasan yang munasabah untuk tidak hadir.

4. Adakah penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut secara teratur dengan alasan yang adil atau bersebab.

Bahan Pembuktian

[12] Di dalam kes ini Pihak Menuntut telah ditamatkan perkhidmatan melalui surat dari Pihak Bank bertarikh 29 Disember 2010 yang maksudnya adalah jelas bahawa Pihak Menuntut ditamatkan perkhidmatan adalah tidak dipertikaikan. Oleh itu beban adalah di atas Pihak Bank untuk membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut adalah dengan alasan yang adil dan bersebab. Rujuk kes Telekom Malaysia Kawasan Utara v. Krishnan Kutty Sanguna Nair & Anor [2002] 3 CLJ 314 [2002] 3 MLJ 129 C.A.

Penilaian dan Dapatan

[13] Di dalam surat penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut dinyatakan di perenggan 3 bahawa :

"Since this is not the first time you were absent from work without prior leave the management has decided to terminate your services for abandonment of contract with immediate effect by virtue of section 15(2) to be read in conjunction with 13(2) of the Employment Act 1955.".

[14] Di sini Mahkamah merujuk kepada peruntukan seksyen 15(2) Akta tersebut yang berbunyi :

"(2) An employee shall be deemed to have broken his contract of service with the employer if he has been continuously absent from work for more than two consecutive working days without prior leave from his employer, unless he has a reasonable excuse for such absence and has informed or attempted to inform his employer of such excuse prior to or at the earliest opportunity during such absence.".

[15] Jelas dari peruntukan ini Pihak Bank tidak boleh bertindak sewenangwenangnya menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut tanpa terlebih dahulu mengambil kira apakah alasan dan keadaan yang menyebabkan Pihak Menuntut tidak hadir dan adakah Pihak Menuntut membuat percubaan untuk memberitahu Pihak Bank.

[16] Selain dari itu seksyen 14(1) Akta yang sama memperuntukkan:

14(1) An employer may, on the grounds of misconduct inconsistent with the fulfillment of the express or implied conditions of his service, after due inquiry -

(a) dismiss without notice the employee;

(b) downgrade the employee; or

(c) impose any other lesser punishment as he deems just and fit, and where a punishment of suspension without wages is imposed, it shall not exceed a period of two weeks.

[17] Apakah yang dimaksudkan dengan "due inquiry" disini secara lateral ia bermaksud satu siasatan. Ini bermakna Pihak Majikan hanya boleh mengambil tindakan (a) hingga (c) selepas satu siasatan dijalankan.

[18] Di dalam kes ini Pihak Menuntut telah ditamatkan perkhidmatan oleh Pihak Bank tanpa surat tunjuk sebab bagi membolehkan Pihak Menuntut memberikan penjelasan. Tiada Siasatan Dalaman diadakan untuk memberi peluang kepada Pihak Menuntut membela diri dan mengemukakan kesannya.

[19] Merujuk kes Wong Yuen Hock v. Syarikat Hong Leong Assurance Sdn Bhd & Another Appeal [1995] 3 CLJ 344 yang memutuskan :

"It was not within the ambit of the reference for the Industrial Court to determine whether Hong Leong ought to be punished for failing to hold a domestic inquiry. The Industrial Court was not competent to declare the dismissal void for failure to comply with the rule of natural justice. The very purpose of the inquiry before the Industrial Court was to give both parties to the dispute an opportunity to be heard irrespective of whether there was a need for the employer to hold a contractual or statutory inquiry. We were confident that the Industrial Court as constituted at present was capable of arriving at fair result by been a procedural breach on natural justice committed by the employer at the initial stage, there was no reason why it could not be cured at the re-hearing by the Industrial Court.".

[20] Kegagalan Pihak Bank mengadakan Siasatan Dalaman atau yang seumpamanya bukanlah sesuatu yang "fatal" tetapi hanya satu salah aturan yang boleh diperbaiki melalui prosiding de novo di hadapan Mahkamah Perusahaan. Peluang masih terbuka untuk Pihak Bank membuat justifikasi terhadap tindakannya menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut.

[21] Pihak Menuntut di dalam keterangan tidak menafikan bahawa dia telah tidak hadir bekerja pada 27 Disember 2010 hingga 29 Disember 2010. Merujuk kepada CLWS-1 Pihak Menuntut menerangan di soalan dan jawapan no. 6 :

"S6 : (Please see UBD5 - Medical Certificates) Please explain these "Sick Certificates?

J6 : The MC on the left was for a total of twelve (12) consecutive days from a Hospital Pakar Ampang Puteri where I underwent angiogram treatment initially as an In-patient and later, as an Out-patient. The MC on the right, was for one (1) day from a Klinik Idzham for 28 December 2010.

I was warded for for (4) days from 13 December 2010 to 16 December 2010 at the Hospital Pakar Ampang Puteri and the subsequent eight (8) days for post-hospitalization recovery from 17 December 2010 - 24 December 2010, a Friday.

Over the weekend and on Monday, 27 December 2010, I was still not well and telephoned Mr the Khiang Chye but he wasn't available so I informed his Secretary, Ms Melisa that I wanted to apply EL for the day.

On the following day - Tuesday, 28 December 2010, I was still unwell so my wife helped me to Klinik Idzham, which was a panel clinic of the Bank, where I was given MC for the day.".

[22] Semasa disoal balas berkenaan isu ini Pihak Menuntut menyatakan pada 27 Disember 2010 dia masih rasa kurang sihat selepas menjalani rawatan "angiogram" di Hospital Pakar Ampang Puteri di mana cuti sakit Pihak Menuntut berakhir pada 24 Disember 2010. Mahkamah berpendapat ini adalah satu alas an yang munasabah bagi Pihak Menuntut untuk merasa tidak sihat dan menyambung cutinya selepas cuti sakitnya berakhir. Ini disokong oleh cuti sakit yang diperolehi oleh Pihak Menuntut pada hari berikutnya 28 Disember 2010 dari Klinik Idzham iaitu klinik panel Pihak Bank pada pukul 2.21 petang. Ini cukup untuk membuktikan keadaan kesihatan Pihak Menuntut pada ketika itu.

[23] Persoalannya di sini adakah Pihak Menuntut telah berusaha untuk cuba memberitahu pihak atasannya Encik Teh Khiang Chye mengenai ketidak hadirannya pada 27 dan 28 Disember 2010. Pihak Menuntut mengatakan dia cuba menelefon Encik Teh Khiang Chye tetapi gagal dihubungi lalu Pihak Menuntut memberitahu setiausahanya Cik Melisa yang dia ingin mohon cuti kecemasan pada hari itu. Dia meminta Cik Melisa untuk menyampaikan kepada Encik The Khiang Chye. Bagi cuti sakit yang diperolehi pada 28 Disember 2010 Pihak Menuntut tidak ada menelefon Pihak Bank mengenainya tetapi telah menyuruh isterinya berbuat demikian.

[24] Mahkamah mendapati ini bukan kali pertama Pihak Menuntut meminta pertolongan Cik Melisa untuk menyampaikan pesanannya kepada Encik The Khiang Chye. Kejadian cuti sakit pada 14 Mei 2010 dan 19 Mei 2010 hingga 21 Mei 2010 juga Pihak Menuntut ada memberitahu Cik Melisa tetapi tidak disampaikan kepada pihak atasan. Akibatnya satu surat amaran telah dikeluarkan bertarikh 24 Mei 2010 dan gaji Pihak Menuntut telah dipotong untuk tempoh 4 hari tersebut. Walaupun Pihak Menuntut tidak setuju dengan pemotongan gaji tersebut tetapi terpaksa akur dengan tindakan Pihak Bank.

[25] Berkenaan ketidakhadiran pada 29 Disember 2010 Pihak Menuntut menjelaskan bahawa semasa dalam perjalanan untuk ketempat kerja dia mendapat panggilan telefon dari Cik Vijayakumary (COW2) yang mengatakan dia tak perlu datang kerja kerana telah diberhentikan dan surat akan diposkan kepadanya. Pada ketika itu Pihak Menuntut mengakui dia tidak berada di pejabat walaupun sudah pukul 9.00 pagi.

[26] Sebaliknya keterangan COW2 menafikan dia ada memberitahu Pihak Menuntut pada pagi 29 Disember 2010 bahawa Pihak Menuntut telah diberhentikan mulai 29 Disember 2010 dan surat akan diposkan. COW2 juga mengatakan dia ada menelefon Pihak Menuntut pada pagi 27 Disember 2010 dan ada deringan tetapi tiada jawapan dan pergi ke peti pesanan suara. Tetapi bila dicadangkan bahawa telefon Pihak Menuntut dalam "off mode" COW2 menukar jawapan dengan mengatakan telefon "off mode" dan tidak berdering. Timbul kekeliruan di sini keterangan yang mana satu yang benar. Berikutan dari itu juga keseluruhan keterangan COW2 adalah meragukan.

[27] Berpandukan kepada dua versi keterangan di atas, Mahkamah berpendapat keterangan Pihak Menuntut adalah lebih cenderung kepada kebenaran dan boleh dipercayai. Jika benar COW2 tidak ada memberitahu Pihak Menuntut yang dia telah diberhentikan, tidak ada sebab untuk Pihak Menuntut tidak hadir ke pejabat pada 29 Disember 2010. Semasa disoal balas Pihak Menuntut mengatakan :

"Q : You said on 29 Disember 2010 on your way to work Vijaya called you not to come because your were terminated, why don't you go to office to find out?

A : Saya tak pergi sebab dalam keadaan marah.".

[28] Merujuk semula keterangan Pihak Menuntut di Soalan dan Jawapan no. 7, jawapan di para akhir yang berbunyi :

"On 29 December 2010, whilst traveling to work ie Bank I received a call from Ms Vijaya a/p Suppiah who told that I need not report to work as I have been dismissed by the Bank and the "Termination Letter" would be posted to me.".

[29] Harus diberi perhatian apa yang dikatakan oleh Pihak Menuntut benarbenar menjadi kenyataan apabila surat penamatan perkhidmatan telah benarbenar diposkan dan diterima oleh Pihak Menuntut beberapa hari kemudian.

[30] Berdasarkan keterangan-keterangan di atas adalah dapatan Mahkamah bahawa Pihak Menuntut telah tidak hadir bekerja pada 27 hingga 29 Disember 2010. Fakta ini diakui sendiri oleh Pihak Menuntut. Mahkamah juga mendapati Pihak Menuntut telah berusaha menghubungi Encik Teh Kheng Chye pada pagi 27 Disember 2010 untuk mendapat kebenaran cuti kecemasan tetapi gagal dihubungi dan pesanan telah ditinggalkan kepada setiausahanya Cik Melisa. Disini juga Mahkamah menerima keterangan Pihak Menuntut tentang keadaan kesihatannya yang baru saja menjalani rawatan angiogram dan cuti sakit telah habis. Ini disokong oleh cuti sakit yang diperolehi pada hari berikutnya iaitu 28 Disember 2010 oleh Klinik Idzham (rujuk SOC - UB5). Mahkamah juga menerima penjelasan Pihak Menuntut mengenai alasan tidak hadir pada 29 Disember 2010 seperti yang telah dihuraikan di atas.

[31] Selanjutnya beralih kepada isu samada penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut adalah teratur dengan alasan yang adil atau bersebab. Merujuk kepada otoriti yang digunapakai oleh Pihak Bank bagi menyokong tindakannya menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut. Mahkamah berpendapat kes Pan Global Textiles Bhd, Pulau Pinang v. Ang Beng Teik [2002] I CLJ mukasurat 18 faktanya boleh dibezakan. Kes Pan Global melibatkan salah laku yang jauh lebih serius iaitu pekerja tidak hadir selama 35 hari, tidak mematuhi arahan pihak atasan dan juga pekerja telah menjalani siasatan dalaman dan didapati bersalah atas 8 tuduhan juga dikenakan. Oleh itu kes Pan Global tidak relevan kepada fakta dalam kes ini.

[32] Berdasarkan alasan-alasan di atas Mahkamah mendapati Pihak Bank gagal membuktikan terdapat alasan yang sah dan adil yang mewajarkan tindakan penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut.

Keputusan

[33] Setelah meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh keduadua pihak, mengambil kira peruntukan seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk bertindak mengikut ekuiti, perasaan nurani dan merit kes tanpa memikirkan perkara-perkara teknikal dan berbentuk undang-undang, Mahkamah mendapati Pihak Bank telah gagal membuktikan kesnya pada tahap imbangan kebarangkalian. Dengan itu penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut adalah tanpa alasan yang adil atau bersebab. Justeru itu tuntutan Pihak Menuntut adalah dibenarkan.

Remedi

[34] Pihak Menuntut telah berkhidmat dengan Pihak Bank selama 14 tahun sebelum diberhentikan. Melihat kepada fakta kes ini tuntutan untuk pengembalian semula ke jawatan asal adalah tidak sesuai dan tidak seiring dengan keharmonian perusahaan. Oleh itu award berbentuk pampasan sebagai ganti pengembalian jawatan asal dibenarkan mengikut formula satu bulan gaji bagi setiap tahun genap perkhidmatan. Oleh itu gantirugi pengembalian ke jawatan asal adalah :

RM1,749.00 x 14 bulan = RM24,486.00.

[35] Selepas ditamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut tidak mempunyai pekerjaan tetap bagi membuat kerja-kerja sambilan dengan pendapatan RM700.00 sebulan. Merujuk para 1 Jadual Kedua Akta Perhubungan Perusahaan 1967, untuk award gaji kebelakangan, ia hendaklah tidak melebihi 24 bulan dari tarikh pembuangan kerja berdasarkan gaji akhir Pihak Menuntut. Para 3 Jadual yang sama menyatakan jika terdapat pendapatan selepas pemecatan tersebut maka satu tolakan yang munasabah atas bayaran gaji dikebelakangan tersebut hendaklah dibuat oleh Mahkamah. Dalam kes ini tolakan 10% adalah munasabah. Dengan itu bayaran gaji kebelakang adalah seperti berikut :

RM1,749.00 x 24 = RM41,760.00

Tolak 10% = RM 4,176.00

------------------

= RM37,584.00

===========

Perintah

[36] Mahkamah dengan ini memerintahkan Pihak Bank membayar kepada Pihak Menuntut jumlah sebanyak RM62,070.00 (RM24,486.00 + RM37,584.00) ditolak caruman-carumah statutori (jika ada) melalui wakil Pihak Menuntut, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank dalam tempoh 30 hari dari tarikh award ini.

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 16HB APRIL 2015

-t.t.-
ROSENANI BINTI ABD RAHMAN
PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR

Encik Panneer Selvam a/l Varathan, Dari Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank, Wakil Pihak Menuntut

Encik A. Ramadass, Encik Devindran Ramadass & Cik Kavitha Thilagar, Dari Tetuan Ramadass & Associates, Peguam Pihak Syarikat

Notice: The Publishers of MLTIC acknowledge the permission granted by the relevant official/original source for the reproduction of the above/attached materials. You shall not reproduce the above/attached materials in whole or in part without the prior written consent of the Publishers and/or the original/official source. Neither the Publishers nor the official/original source will be liable for any loss, injury, claim, liability, or damage caused directly, indirectly or incidentally to errors in or omissions from the above/attached materials. The Publishers and the official/original source also disclaim and exclude all liabilities in respect of anything done or omitted to be done in reliance upon the whole or any part of the above/attached materials. The access to, and the use of, MLTIC and contents herein are subject to the Terms of Use.